Sunday 27 March 2016

Pengalaman di Pesta Buku UUM 2016


Sebut sahaja pesta buku semua orang tahu ia adalah satu program yang bermanfaat dimana banyak buku-buku yang dijual dari pelbagai penerbitan dan penulis. Saban tahun, mesti ramai yang menunggu kehadiran program ini lebih-lebih lagi bagi student yang baru mendapat Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Pada masa yang sama, pesta buku juga menjadi medan bagi penerbit untuk memasarkan karya mereka. Bagi penggemar-penggemar buku pula, mereka menjadikan pesta buku ini bukan sahaja sebagai satu tempat untuk bertemu dan membincangkan tentang buku-buku yang dijual malah mereka juga dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.



Pesta buku di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru sahaja bermula pada 20 Mac yang lalu dan akan berakhir pada 26 Mac nanti. Saya telah berpeluang untuk pergi program tersebut pada hari Selasa lalu iaitu 22 Mac. Ternyata pesta buku kali ini tidak terjangkau di akal fikiran saya. Kenapa? Ini adalah kerana pesta buku UUM kali ini sangat-sangat meriah dengan kehadiran pelbagai penerbit yang hebat-hebat dan disertakan sekali dengan pc fair. Almaklumlah pesta buku diadakan di UUM dan semestinya target mereka ialah student. Kalau dah student mesti mereka juga memerlukan alat-alat elektronik seperti printer untuk memudahkan urusan. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai makanan yang menjual air, masakan panas, jagung bakar, burger, kebab dan sebagainya. Dengan wujudnya gerai-gerai makanan dan minuman tersebut lebih-lebih lagi musim panas ni ia sedikit sebanyak dapat menarik student untuk datang ke program tersebut. Lebih menggembirakan saya terdapat juga gerai yang menjual pakaian. Perempuan kalau dah tengok pakaian memang tak sah tak beli hehe.





Tambahan pula, program ini bukan semata menjual buku dan alat elektronik sahaja. Terdapat juga pertandingan yang diadakan seperti pertandingan drama komsas, mewarna, pidato dan spell-it-right. Selain itu, di UUM apabila diadakan apa-apa program akan disertakan juga dengan persembahan-persembahan menarik seperti dikir barat, qasidah, busking dan banyak lagi aktiviti yang menarik dan lebih bermanfaat. Tetapi saya tidak berpeluang untuk mengikuti semua aktiviti dan persembahan tersebut kerana kekangan masa. 



Apa yang saya sedar ketika mengunjungi pesta buku UUM tempoh hari ialah betapa ceteknya ilmu pengetahuan saya kerana masih banyak buku-buku yang belum saya baca dan ilmu itu tidak akan pernah habis sehingga ke hari tua. Saya masih ingat lagi dengan satu pepatah yang menarik perhatian saya yang lebih kurang berbunyi “Selagi kamu belajar sesuatu kamu digelar sebagai seorang pelajar dan itu sepanjang hayatmu”.

Ok sampai di sini saja. Sampai ketemu lagi ya :)

Tuesday 25 February 2014

???

Holla Hye Sawadikap kapkunkappp
Fuhhh lama gile rase x bukak blog ni. Last entry setahun yang lepas, nasib baik password ngan email ingat lagi. wiwiwi. Actually i have nothing to say, just to fill my time. FYI, i currently studying at Northern University of Malaysia or can be called as Universiti Utara Malaysia (UUM) located at Sintok, Kedah. Nampaknya merantau satu Malaysia aku lar ni kan, dulu kat Terengganu and then sekarang kat Kedah. Dari pantai timur pergi utara. Meh sini cheq nak habaq mai seronok x stay kat UUM or Kedah ni (cheeewaaahh kecek Kedah kito).
The first thing first, cuaca kat sini sangat2 lah berbeza dengan kat pantai timur, kat sini panas cheq oooiii. Aku yang x suka bawak botol air pergi kelas pun terpaksa bawak sebab dahaga sangat2 dalam kelas.X kan nak minum air batu je 24 jam, x de lah diet aku ni. Ada bagusnya jugak aku bawak air ni. 
Secondly, suasana belajar kat UUM ni lain sangat2 berbanding kat UiTM dulu. Nak tau kenapa? sebab kat sini ada foreigner hang tau, dulu aku kat UiTM mana ada foreigner bagai, aku dulu dikelilingi budak melayu je, even Chinese and Indian pun x de tau. So, memandangkan aku kena fight study ngan orang2 asing ni, maka dengan rasminya aku mestilah belajar bersungguh and x boleh dah macam kat UiTM dulu. First sem sampai lah last sem main2 je keje aku.
Lastly, of course lar aku dapat kawan baru kat sini. Alhamdulillah semuanya baik2 macam aku. Haha.

 Haaa...ni roomate aku, FIONA.



 Ni pulak member2 aku yang lain. MUN, AYU, AKU, FIONA and PIKAH



Yang ni lain pulak. IRA, HANI, IKA, MIMI and NADWA


Ok thats all I want to say in this entry. See you soon !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala yang Terkandung Adalah Hak Milik Kekal Cik Atik