Sebut
sahaja pesta buku semua orang tahu ia adalah satu program yang bermanfaat
dimana banyak buku-buku yang dijual dari pelbagai penerbitan dan penulis. Saban
tahun, mesti ramai yang menunggu kehadiran program ini lebih-lebih lagi bagi
student yang baru mendapat Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Pada masa yang sama,
pesta buku juga menjadi medan bagi penerbit untuk memasarkan karya mereka. Bagi
penggemar-penggemar buku pula, mereka menjadikan pesta buku ini bukan sahaja
sebagai satu tempat untuk bertemu dan membincangkan tentang buku-buku yang
dijual malah mereka juga dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
Pesta
buku di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru sahaja bermula pada 20 Mac yang
lalu dan akan berakhir pada 26 Mac nanti. Saya telah berpeluang untuk pergi
program tersebut pada hari Selasa lalu iaitu 22 Mac. Ternyata pesta buku kali
ini tidak terjangkau di akal fikiran saya. Kenapa? Ini adalah kerana pesta buku
UUM kali ini sangat-sangat meriah dengan kehadiran pelbagai penerbit yang hebat-hebat
dan disertakan sekali dengan pc fair. Almaklumlah pesta buku diadakan di UUM
dan semestinya target mereka ialah student. Kalau dah student mesti mereka juga
memerlukan alat-alat elektronik seperti printer untuk memudahkan urusan. Selain
itu, terdapat juga gerai-gerai makanan yang menjual air, masakan panas, jagung
bakar, burger, kebab dan sebagainya. Dengan wujudnya gerai-gerai makanan dan
minuman tersebut lebih-lebih lagi musim panas ni ia sedikit sebanyak dapat
menarik student untuk datang ke program tersebut. Lebih menggembirakan saya
terdapat juga gerai yang menjual pakaian. Perempuan kalau dah tengok pakaian
memang tak sah tak beli hehe.
Tambahan
pula, program ini bukan semata menjual buku dan alat elektronik sahaja.
Terdapat juga pertandingan yang diadakan seperti pertandingan drama komsas,
mewarna, pidato dan spell-it-right. Selain itu, di UUM apabila diadakan apa-apa
program akan disertakan juga dengan persembahan-persembahan menarik seperti
dikir barat, qasidah, busking dan banyak lagi aktiviti yang menarik dan lebih
bermanfaat. Tetapi saya tidak berpeluang untuk mengikuti semua aktiviti dan
persembahan tersebut kerana kekangan masa.
Apa yang saya sedar ketika
mengunjungi pesta buku UUM tempoh hari ialah betapa ceteknya ilmu pengetahuan
saya kerana masih banyak buku-buku yang belum saya baca dan ilmu itu tidak akan
pernah habis sehingga ke hari tua. Saya masih ingat lagi dengan satu pepatah
yang menarik perhatian saya yang lebih kurang berbunyi “Selagi kamu belajar
sesuatu kamu digelar sebagai seorang pelajar dan itu sepanjang hayatmu”.
Ok sampai di sini saja. Sampai ketemu lagi ya :)
0 cEl0tEh:
Post a Comment