Selamat malam semua. Post ini ditulis ketika aku tersangatlah boring and aku x tahu nak buat apa lagi. Bukak twitter boring dan apatah lagi facebook, lagila boring. Aku x boleh tidur gara-gara aku tertidur selepas Maghrib tadi dan tersedar pada pukul 10 malam tadi. Tengok2 jam dah pukul 10, lekas2 aku bangun gara2 nak tengok rancangan siti osom. Haha semangat betul. Tetapi hasratku terbantut oleh kerana satu family aku tengah layan cerita kat tv9. Hurmmm.
Ok, sebenarnya aku bukannya nak post pasal benda kat atas tu pun, aku just nak cerita tentang aktiviti aku yang telah lama aku hasratkan nak share kat sini tapi malas nak taip. But sebelum tu aku rasa x terlambat lagi kot aku nak wish Happy New Year to all rakyat Malaysia walhal aku tahu aku telah ketinggalan zaman. Giler r, nak akhir bulan 2 baru nak wish new year. Haha, ada aku kisah, Aiman pun x kisah kan.
Ok, let's begin the story. Pada tanggal 20 Januari lepas aku telah bersepakat dengan geng2 aku nak turun Dungun konon-kononnya nak settle kan hal universiti such as saman, denda, mini transkrip, kad diskaun siswa and whatsoever lah. Padahal niat sebenar nak berjimba. Wakakaka. Oleh disebabkan tarikh aku pergi Dungun sama dengan tarikh adik aku pergi matrik dia, so aku terpaksa nak bas dari rumah pergi ke stesen bas keseorangan diri. Naik bas sorang2 tersangatlah pelik dan last aku naik bas masa aku sekolah menengah dulu. Such a long time right. Maksud aku tu bukan bas express yang kena beli tiket tapi bas yang kena bayar cash tu. Aku lupa ingatan dah panggil bas apa. Haha. Lepas tu aku sampai kat stesen bas pukul 11.45 pagi and tiket bas tertulis waktu aku naik bas ialah pukul 12 tengahari. Ok lah tu awal 15 minit kan. But terjadi sesuatu yang x diingini and aku memang dah jangka benda ni akan terjadi jika aku beli tiket bas TRANSNASIONAL. *Caps lock cikit. Bayangkan aku terpaksa menunggu bas selama 2 jam setengah x termasuk dengan 15 minit aku sampai awal tu. Campur dua waktu tu jumlahnya ialah 2 jam 45 minit aku menunggu bas sampai. Ppppfffff. Aku memang x suka gler2. Aku ingat aku sorang jer yang naik bas tu tapi ada lar 4 5 orang lagi yang senasib dengan aku. Alhamdulillah mujur ada jugak orang teman, tapi diorang semua turun Kuantan, aku sorang jer turun Dungun.
Dipendekkan cerita aku sampai Dungun pukul 7 malam and terus naik van angkut pergi Uitm Dungun. Aku bermalam kat bilik member aku bersama 2 orang lagi kawan aku. Sampai jer bilik member aku tu, terus kitaorang siap2 nak turun makan. Disebabkan aku ni musafir, jadi aku buat solat jamak takhir je lah kan. *takhir tu aku x tau betul x ejaan aku. Hehe. Sampai jer kat kedai Teluk Gadung, aku terus memesan sepinggan keu tiow gorang dengan jus oren. Cheehhh x makan nasi tau gara2 nak diet.
Uitm Dungun
Fresh oren, fresh epal and air laici
Ani. aku letak gambar dia sorang sebab esok dia x ikut kitaorang jalan2. Dia ada kelas.
Dah siap2 makan terus balik and lepak2 ngan member. Banyak betul cerita diorang. Hilang semua keletihan apabila dapat lepak ngan kawan2 macam dulu. Keesokan harinya pula, kitaorang plan nak jalan2 lepas dah settlekan urusan2 universiti. Call kereta sewa and tetapkan masa. Ok set. Baguss sangat datang nak jalan2 padahal cakap kat umi ngan abah nak urus hal universiti. Anak yang sangat baik. Hewhew. Urusan universiti yang aku duk sibuk2 tu ialah menuntut kad diskaun siswa jer. Lepas settle benda tu terus ambik kereta and vrommmm pergi Mesra Mall. Sebelum tu singgah rumah kawan jap sebab nak solat zohor and alang2 dah tengahari kitaorang makan kat sana. Ok dapat berjimat cermat. Makan free. Yeeehhaaa. Next lansung pergi MM.
time ni kitorang dekat pejabat bendahari menuntut kad diskaun siswa.
Aku dan Suzie menggila sementara 2 orang lagi sedang enak dibuai mimpi kat seat belakang. Drive pon bole buat peace lagi. X patut x patut.
kitaorang berempat kat rumah sue.
Suzie
Sue. ada macam najwa latiff x ??
Liza aka mekcek
Me. bajet cool tapi price tag ada lagi. haha
*aku x tahu kenapa gambar sue dan aku leper sangat. Haha
Kira2 pukul 7 malam kitaorang sampai Uitm disebabkan Sue ada kelas malam. Petang tadi dia dah ponteng kelas and kelas malam mestilah kena pergi kan. Hehe.Malam tu jugak Liza terpaksa balik gara2 dia kerja keesokan harinya. Aku dan Suzie balik besok pagi. Kitaorang balik bila2 masa pon boleh dah x de buat apa2 jugak kat rumah tu kan. Malam tu sekali lagi kitaorang lepak2 tapi hanya aku dan Suzie jer. Masa tu jugak macam2 rahsia aku tahu dari dia and dia tahu dari aku.
Keesokan harinya pula aku dan Suzie bersiap2 nak balik. Bas aku pukul 10 and Suzie pagi tu jugak baru dia nak cari tiket. Minah tu memang sempoi jer. Orang Pahang. Hehe. Tapi sampai sana tiket bas dia awal dari aku. Terpaksalah aku duduk sorang2 lagi. Oh nooooo. I hate that so much. Nampaknya pisang berbuah dua kali. Kenapa aku cakap macam tu ?? Ini semua disebabkan bas TRANSNASIONAL *sekali lagi aku caps lock. Kali ni aku terpaksa tunggu 2 jam pulak untuk bas sampai. Ppppffff. Lepas ni aku x nak dah ambik tiket bas Transnasional tu lagi. Menyakitkan hati betul. Duduklah aku keseorangan diri melayan perasaan kat stesen bas tu sambil melihat ragam manusia yang pelbagai. Hurmmm. Sampai Kb aku terus call abah aku datang ambik. Alhamdulillah aku akhirnya selamat sampai rumah =)
Finally, aku pun dah selamat sampai rumah and post ni jugak sudah selamat aku tulis. Ok babai semua * sambil melambai-lambaikan tangan. See you again.
p/s: Harap2 korang dapat pengajaran daripada cerita aku iaitu jangan sesekali beli tiket bas T...... Haha, bagus sangat promote orang jangan beli tiket bas tu. Bankrupt lah nanti syarikat tu.
0 cEl0tEh:
Post a Comment